..wahai hamba Allah..


Wahai insan Allah, anak kepada Dua Hamba Allah, cucu cicit Adam dan Hawa, kini kamu memasuki Ambang Kiamat, dimana Kiamat benar-benar berlaku, dengan satu petanda yang dahsyat, maka kamu semua akan mati.


Wahai insan Allah kamu akan berhijrah ke Alam baru iaitu Alam Akhirat, kamu akan dihadapkan pada Sang Penguasa di hari pembalasan serta para Malaikatnya dan Rasul-Rasulmu turut serta. Apabila kamu disoal atau ditanya, jawablah dengan betul lagi benar, jangan sesekali Sifatnya sendiri yang menjawab persoalan, kelak kamu akan terseksa, kerana kamu masih berbohong di hadapan yang berkuasa. Janganlah kamu takut apabila berada disana, kerana Rasulmu turut ada. Mengakulah semata-mata benar, mengakulah semata-mata salah, andai yang salah kamu masih tidak akui, ketahuilah olehmu, maka Sifat Tuhan mu, yang nyata pada mu, yang akan membuat pengakuannya, maka binasalah dirimu kelak, Tangan akan bebicara, Mata akan berbicara, Telinga akan berbicara, Kaki akan berbicara, Kemaluan akan berbicara, Mulut akan akui, maka bertambah sengsaralah diri mu, berbohong di hadapan yang berkuasa, maka sayulah hati Rasul mu.


Wahai mahkluk yang bernama Insan, wahai Insan yang bernama Hamba, wahai Hamba yang bernama Manusia, wahai Manusia yang diberi Nama, ingatlah dengan Rasulmu, setiap soalan dijawab satu-persatu semasa di Dunia, semasa Sendiri, semasa Sunyi, semasa Sepi, semasa Gembira, semasa Duka, semasa dengan Dia, semasa Denganya, semasa dengan Mereka, semasa dengan Semua, semasa dengan Kamu, semasa dengan Ku, berkata benarlah engkau wahai Manusia yang bernama, ini kerana segala kelakuan engkau didunia dikira, perhitungan yang sangat lama, kesalahan kecil di Ungkit semula, tiada amalan maka menjadi Hina, berhati-hati dan Tertib dengan Agama Syurga tempatnya.


Wahai Manusia yang diberi nama, kamu akan melalui Ambang Kiamat yang Dashyat. Alam Ini, kini menanti arahan TuhanNya, kamu pula menjadi saksi yang nyata dan terus pulang ke tempat yang lapang. Tika itu kamu tiada apa-apa Keistimewaan seperti didunia, tidak berbaju tiada berpakaian, tiada Ilmu tiada Amalan, tiada Saudara tiada Kenalan, yang kau bawa adalah Dosa dan Pahala. Amalan mu didunia sudah dihitung, kelak menunggu untuk dibicara. Wahai Insan inilah akhirnya dunia dan kiamat pasti kau jumpa.
l
Wahai manusia yang diberi Nama, sebelum pergi Peringatan telah diberi, sebelum datang Undangan sudah sampai. Sucikan hati mu, bersihkan jiwamu, kamu sekadar Nama, Jasad pula Sifat yang esa, kelak nanti kamu tak kenal diri mu, kelak nanti kamu tak kenal Rasulmu, kelak nanti kamu tak kenal Tuhan mu. Bersihkan hatimu apabila menghadap Tuhan yang satu, kerana Hati mu kelak engkau ke Neraka, kerana Hatimu kelak engkau mendapat Syurga, pilihlah yang mana satu, jangan kau pilih tempat yang Rasul dan Tuhan mu tidak Suka, kelak engkau binasa. Semoga engkau mendapat keredhaan yang Esa, semoga engkau mendapat Pengampunan yang berkuasa, semoga Rasulmu menyebelahi dirimu, jangan kau lupa Kalimahnya, ia Rasul yang benar lagi berterima kasih. Kasihanilah Jasad mu, kasihanilah dirimu sepertimana Tuhanmu mengasihi Rasulmu.


Wahai manusia yang diberi nama, petanda yang datang Dahsyat sekali, yang hidup sampai di sana yang mati turut serta, inilah hari Kiamat yang diterangkan oleh kitab-kitab ikutanmu, inilah hari Kiamat yang dijanjikan oleh Tuhanmu. Ia memerintah semesta Alam, maka kiamat akan belaku dengan kehendak Kata-Katanya, sesunguhnya ia tidak mungkir pada janjinya, dengan satu Kata, maka kamu semua akan Mati, dengan satu Kata-Kata kamu akan dihidupkan kembali. Wahai Manusia yang diberi nama, semoga engkau tenang berhadapan dengan yang Esa, semoga engkau tidak kaku semasa disana, semoga engkau tahu siapa yang engkau jumpa, semoga engkau tahu hidupmu untuk siapa, semoga engkau tahu wahai Manusia, ini kerana engkau antara Jutaan Manusia yang akan dihitungkan dihari kebangkitan,tiada seorang pun yang terlepas dari pertanyaan melainkan dengan kehendaknya. Wahai Manusia yang bernama, hitungan kelak sangatlah lama, Rasulmu kelak tidak terdaya, ini kerana yang Esa lebih berkuasa, ingatlah pesan Rasulmu, ingatlah pesan Kitabmu, ingatlah pesan Agama mu, ingatlah pesan Imam mu, di situ kamu akan tahu.


Wahai Manusia kamu akan tinggalkan segala-galanya, mereka pula bertindak yang sama, petanda kiamat dahsyat sekali, tinggalkanlah berjual beli apabila tiba setiap Jumaat, khuatir Jumaat yang datang mengundang kiamat, inilah kiamat yang dijanjikan Allah.


Wahai Insan allah semoga engkau tenang melihat kedahsyatan Kiamat yang datang, sewaktu kau bersedia, sewaktu kau leka, sewaktu kau sibuk dengan dunia, sewaktu kau sibuk dengan keluarga, sewaktu kau berbalah pendapat, sewaktu kau menuding jari, sewaktu kau memfitnah, sewaktu kau berurus niaga, sewaktu kau bertanya-tanya, sewaktu kau menghitung harta dunia. Kiamat datang mengundang Alam, Alam yang menanti turut sedia, untuk dibawa bersama-sama, menuju ke alam akhirat.


Wahai manusia yang diberi nama, sesungguhnya kamu semua adalah Sifat Allah yang Wujud, Ada, Nyata. Maka sucikanlah nama Tuhan mu yang menciptakan sekelian Alam lalu ia menyempurnakan menjadi kehidupan dan memberi petunjuk, lalu ia membinasakan iaitu Kiamat. Inilah Kiamat yang dijanjikan oleh Rasul-rasulmu dan Kitab-Kitab ikutan mu, sesungguhnya benarlah kata-kata Rasulmu dan Kitab-Katab dahulu, maka sucikanlah nama Tuhanmu dari Hasad Dengki, Khianat, Tamak, Haloba, Fitnah, sesungguhnya berjayalah Manusia yang diberi nama, membersihkan Hatinya, Jiwanya, Rasulnya, TuhanNya, Malaikatnya, dan ikutanNya, sesungguhnya kamu kini di ambang Kiamat yang Dahsyat, tiada siapa yang dapat menolong mu, selain Allah dan Malaikat-Malaikat adalah pesuruhnya. Maka kamu semua akan lalui hari Kiamat yang dijanjikan Allah.




Aku Bersumpah Demi Hari Kiamat
Demi Al Quran yang penuh Rahsia
Demi Manusia,Demi Makhluk,Demi Insan
Demi Hamba,Demi Rasul,Demi Malaikat,
Demi Tahun,Demi Bulan,Demi Hari,
Demi Waktu,Demi Masa,Demi Saat,
Demi Detik.dan Demi Hari Jumaat