peristiwa di KBmall..




Apabila berlaku sesuatu kejadian seperti di KB Mall ini semua jadi bising. Kenapa bising? kerana ia kejadian yang pelik dan jarang-jarang berlaku? Kemuncak kepada kejadian tersebut ialah ada nyawa yang melayang. Sebenarnya kita kadang-kadang lupa bahawa itu memang sudah ditakdirkan Allah. Pada saat itu akan berlaku peristiwa tersebut dan malaikatul maut akan mengambil nyawa sipolan dan sipolan. Sama sahaja dengan kematian di rumah atau di mana sahaja.

Berapa ramai yang berbalik kepada pencipta? Bahawa nyawa kita akan diambil Allah pada bila-bila masa sahaja. Dan peristiwa sedemikian tidak mustahil akan berulang ke atas diri kita juga pada satu masa nanti. Sebaiknya.. sentiasalah kita mengingati mati kerana ia boleh muncul bila-bila masa dan di mana-mana sahaja...