Wednesday, February 3, 2010

Cinta-Cintun

CINTA KUDUS SITI AISHAH KEPADA RASULULLAH SAW

Pernah satu ketika Rasulullah SAW tertidur di pangkuan(riba) Aishah,semasa Aishah membelai-belai rambut Rasulullah SAW tiba-tiba aishah terfikirkan sesuatu,Aishah terlalu bimbang jika diakhirat kelak dia tidak akan dapat bersama dengan Rasulullah SAW seperti mana di dunia ini,jika didunia ini Aishahlah wanita yang paling bertuah kerana diantara ratusan wanita yang menyimpan hasrat untuk bersama-sama dengan Rasulullah SAW dialah yang terpilih untuk menjadi isteri baginda SAW.Aishah sangat bersyukur pada Allah SWT kerana disatukannya bersama-sama Rasulullah SAW.lantaran itu dia amat bimbang akan perkara ini,ketika Aishah sedang asyik merenung wajah baginda sambil mengenangkan nasibnya di akhirat nanti,tiba-tiba air mata Aishah akhirnya berguguran,lalu air mata Aishah terjatuh padai muka baginda SAW hingga membuatkan baginda SAW terjaga dan melihat Aishah sedang menangis.Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Aishah “wahai isteriku Aishah,kenapa engkau menangis?”Aishah menjawab “aku bimbang akan kedudukanku disisimu diakhirat kelak,apakah aku masih akan bersama denganmu diakhirat nanti?”lalu Rasulullah SAW menjawab “diakhirat nanti ada tiga tempat yang manusia hanya fikirkan tentang diri masing-masing dan tidak memikirkan tentang sesiapa pun iaitu ketika dihisab oleh Allah SWT,ketika menerima buku amalan dan ketika melalui titian sirat.Dan diakhirat kelak manusia akan mencari-cari syafaat dariku,maka ketika itu kau carilah aku untuk mendapat syafaat dariku”

PENGAJARAN DARI KISAH INI

Lihatlah betapa kasihnya Aishah kepada Rasulullah SAW sehinggakan menitiskan airmata lantaran terlalu risau dan bimbang akan nasibnya diakhirat kelak,adakah dia masih dapat bersama dengan suami tercintanya ataupun tidak.Begitulah sucinya cinta Aishah kepada suaminya.Cinta itu adalah fitrah kepada semua umat manusia.Cinta itu indah,bahagia dan unik,anegerah yang bernilai dari Allah SWT untuk makhluknya.Tetapi malangnya ramai dikalangan umat manusia yang menyerahkan cintanya bukan pada tempat yang paling hak.Ingatlah wahai sahabatku bahawa cinta hanyalah milik Allah dan pada yang berhak iaitu cinta kepada Rasulullah SAW,IbuBapa dan seterusnya hanya pada suami isteribukan pada tempat yang belum halal untuk kita curahkan perasaan cinta itu.Biarlah cinta kita kepada manusia hingga ke syurga,bukan didunia semata-mata.Untuk mencapai cinta Ilahi,cinta kepada manusia mestilah diletakkan ditingkatan cinta yang paling bawah agar cinta Ilahi sentiasa berada ditingkat yang paling atas.

PESANKU UNTUKMU

Jika hatimu merinduiku,maka didiklah hatimu agar merindui akan alunan ayat-ayat Allah.Jika hatimu sentiasa mengingatiku,maka didiklah hatimu agar sentiasa mengingati akan peringatan dari Allah SWT dan rasulmu.Dan jika kau benar-benar mengasihi dan menyanyangiku,maka aku memohon agar kau letakkan cinta kepadaku itu pada tingkat yang paling bawah agar cintamu kepada Allah dan Rasulullah SAW akan terus teguh berada di tingkat yang paling atas pada tingkatan cinta hatimu.Sesungguhnya aku amat mengasihimu,lantaran itu aku mahukan yang terbaik untukmu iaitu bersyariat dalam mengadili cinta kita agar tidak menuju kepada kemarahan sang Pencipta sekalian alam ini.Ketahuilah bahawa cinta insan yang paling setia dan benar adalah cinta selepas nikah iaitu cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami.Ingatlah tiada cinta yang halal sebelum nikah melainkah hanya dengan terjadinya akad.Salurlah cintamu pada landasan yang betul wahai sahabatku.InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment