Saturday, February 6, 2010
Sahabat yang Hakiki
Friday, February 5, 2010
..Jantung di luar badan..
Suatu hari empat wanita berusia anak yang hati dan bagian dari hati yang tumbuh di luar tubuhnya terlihat Benggala di sebelah utara kampus kedokteran di pinggiran timur laut kota India Siliguri November 26, 2008.
“Ini adalah kasus yang sangat langka, kami tidak yakin apakah kita bisa melakukan operasi untuk meletakkan jantung dan hati kembali, tapi kami akan mencoba yang terbaik kami,” kata seorang spesialis anak Miridula Chatterjee mengatakan pada hari Rabu
tiada yg mustahil bagi Allah..kita sbg hambaNya,,bersyukurlah kerana dianugerahi aqal utk sama2 berfikir hakikat kehebatan pencipta yg tiada tara akan kekuasaannya..
..siti khadijah kekasih sejati..
"DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"(Ar-Rum: 21)
SITI Khadijah merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.
Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.
Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.
Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.
Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.
Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.
Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.
Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan tujuh orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.
Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.
Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira' kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira.
Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.
Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.
Thursday, February 4, 2010
..keindahan Islam org tak nampak..
Nah! itulah Islam. Dan itulah hukuman yang Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia. Jelas dinaskan di dalam AlQuran. Sungguhpun nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.
Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.
Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.
Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi...
..sesudah panggilan Izrael..
Sudah banyak perkara yang sia-sia kita lakukan. Saban waktu selama puluhan tahun. Cukuplah.. masa sekarang berlalu begitu pantas. Sedar-sedar kita sudah berada pada umur kita sekarang. Lihatlah sekeliling sudah berapa ramai saudara-mara, kawan-kawan yang telah pergi mendahului kita. Fikir-fikirkanlah dan buatlah perubahan pada hari ini juga. Masa kita sebenarnya sudah sangat suntuk.
Wednesday, February 3, 2010
Cinta-Cintun
Pernah satu ketika Rasulullah SAW tertidur di pangkuan(riba) Aishah,semasa Aishah membelai-belai rambut Rasulullah SAW tiba-tiba aishah terfikirkan sesuatu,Aishah terlalu bimbang jika diakhirat kelak dia tidak akan dapat bersama dengan Rasulullah SAW seperti mana di dunia ini,jika didunia ini Aishahlah wanita yang paling bertuah kerana diantara ratusan wanita yang menyimpan hasrat untuk bersama-sama dengan Rasulullah SAW dialah yang terpilih untuk menjadi isteri baginda SAW.Aishah sangat bersyukur pada Allah SWT kerana disatukannya bersama-sama Rasulullah SAW.lantaran itu dia amat bimbang akan perkara ini,ketika Aishah sedang asyik merenung wajah baginda sambil mengenangkan nasibnya di akhirat nanti,tiba-tiba air mata Aishah akhirnya berguguran,lalu air mata Aishah terjatuh padai muka baginda SAW hingga membuatkan baginda SAW terjaga dan melihat Aishah sedang menangis.Maka Rasulullah SAW bertanya kepada Aishah “wahai isteriku Aishah,kenapa engkau menangis?”Aishah menjawab “aku bimbang akan kedudukanku disisimu diakhirat kelak,apakah aku masih akan bersama denganmu diakhirat nanti?”lalu Rasulullah SAW menjawab “diakhirat nanti ada tiga tempat yang manusia hanya fikirkan tentang diri masing-masing dan tidak memikirkan tentang sesiapa pun iaitu ketika dihisab oleh Allah SWT,ketika menerima buku amalan dan ketika melalui titian sirat.Dan diakhirat kelak manusia akan mencari-cari syafaat dariku,maka ketika itu kau carilah aku untuk mendapat syafaat dariku”
PENGAJARAN DARI KISAH INI
Lihatlah betapa kasihnya Aishah kepada Rasulullah SAW sehinggakan menitiskan airmata lantaran terlalu risau dan bimbang akan nasibnya diakhirat kelak,adakah dia masih dapat bersama dengan suami tercintanya ataupun tidak.Begitulah sucinya cinta Aishah kepada suaminya.Cinta itu adalah fitrah kepada semua umat manusia.Cinta itu indah,bahagia dan unik,anegerah yang bernilai dari Allah SWT untuk makhluknya.Tetapi malangnya ramai dikalangan umat manusia yang menyerahkan cintanya bukan pada tempat yang paling hak.Ingatlah wahai sahabatku bahawa cinta hanyalah milik Allah dan pada yang berhak iaitu cinta kepada Rasulullah SAW,IbuBapa dan seterusnya hanya pada suami isteribukan pada tempat yang belum halal untuk kita curahkan perasaan cinta itu.Biarlah cinta kita kepada manusia hingga ke syurga,bukan didunia semata-mata.Untuk mencapai cinta Ilahi,cinta kepada manusia mestilah diletakkan ditingkatan cinta yang paling bawah agar cinta Ilahi sentiasa berada ditingkat yang paling atas.
PESANKU UNTUKMU
Jika hatimu merinduiku,maka didiklah hatimu agar merindui akan alunan ayat-ayat Allah.Jika hatimu sentiasa mengingatiku,maka didiklah hatimu agar sentiasa mengingati akan peringatan dari Allah SWT dan rasulmu.Dan jika kau benar-benar mengasihi dan menyanyangiku,maka aku memohon agar kau letakkan cinta kepadaku itu pada tingkat yang paling bawah agar cintamu kepada Allah dan Rasulullah SAW akan terus teguh berada di tingkat yang paling atas pada tingkatan cinta hatimu.Sesungguhnya aku amat mengasihimu,lantaran itu aku mahukan yang terbaik untukmu iaitu bersyariat dalam mengadili cinta kita agar tidak menuju kepada kemarahan sang Pencipta sekalian alam ini.Ketahuilah bahawa cinta insan yang paling setia dan benar adalah cinta selepas nikah iaitu cinta suami kepada isteri dan cinta isteri kepada suami.Ingatlah tiada cinta yang halal sebelum nikah melainkah hanya dengan terjadinya akad.Salurlah cintamu pada landasan yang betul wahai sahabatku.InsyaAllah.
Tuesday, February 2, 2010
Cara Tertawa Nabi SAW
"Bila Rasulullah SAW tertawa,baginda akan meletakkan tangan dimulut baginda dan bila terjadi sesuatu yang mengembirakan,baginda akan mengucap syukur kepada ALLAH SWT,bila berbicara,baginda sentiasa tersenyum"
Monday, February 1, 2010
BAIT AL-MUSLIM
PESANKU BUATMU..
Jika hatimu merinduiku,maka didiklah hatimu agar merindui akan alunan ayat-ayatAllah SWT..
Jika hatimu sentiasa mengingatiku,maka didiklah hatimu agar sentiasa mengingati akan peringatan-peringatan dari Allah SWT dan Rasulmu..
Dan jika engkau benar-benar mengasihi,menyintai dan menyayangi diriku ini,maka aku memohon agar kau letakkan cinta kepadaku itu pada tingkatan cinta yang paling bawah,agar cintamu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW terus teguh berada di tingkat yang paling atas pada tingkatan cinta hatimu itu..
Sesungguhnya aku amat kasih kepadamu,lantaran itu aku mahukan yang terbaik untukmu..
Biarlah syariat yang mengadili cinta kita,agar tidak menuju kepada kemarahan sang pencipta sekalian alam ini..
Akan ku pastikan baitulmuslim itu kan menjadi milik kita wahai pejuang agama Allah..
INSYAALLAH TAALA (",)